AISHITERU

Its so sudden that
we know each other...
Its so sudden that
I texted you...
&

Its so sudden that
you are being mine...

However,
it will never be,
for suddenly hatting you...
because

AISHITERU!!

Monday 23 April 2012

kerja ahad #

SALAM


semalam masa nak pergi kerja tu rasa malas gila, tak tau lah kenapa , 
tapi bila dah sampai, oke pulak ,HAHA.
time masuk dapur ,tengok ada oyiee dengan shira.. huh! lega rasa,,budak-budak ni kerja part time kat situ
diorang ada oke lah sikit, ramai sikit pekerja.. 
pulak kedai sebelah tutup lagi, renovate tak siap..grrrr!!



petang tu rasa semangat pulak nak kerja,, 
order pun siap boleh gurau-gurau dengan customer,, hehe. tapi..ada customer ni masuk 1 family duduk meja paling panjang kat situ,, aku orderlah..
air semua nak special-special..
pastu makan aku standby la 2 kertas nak tulis takut banyak kan, dah koyak kertas tu ,,
"ermm dik ,bagi keropok 3 set"
"lagi?"
"erm tu je"


grrr, itu je ordernya ,datang punya lah ramai.. membazir kertas aku je...



dalam pukul 6 gitu, langit dah mula gelap,, macam malam dah..
dengan ributnya..haih,, takut jugak aku menyambar ke apa kan,, dah la tempat aku tu terbukak..
tepi pantai..






gelap kan,, huish!

pastu hujan sampai pukul 8 gitu lebat then renyai2..ingat dah tak ramai orang,
sampai ke malam , pening kepala.. boleh dia serang dalam pukul 10 tu ramai-ramai...
haih. memang serabut sikit la masa tu..tapi dapat cover sebab pekerja ramai,, hehe :D


bila aku dah penat gila ,aku lepak lah tempat air.. suruh si Ijiee ni buatkan air,, masa tu teringin pulak nak rasa cikong kan,, dia buatkan la,, hehe.. orang ramai pon aku duduk je kat tempat buat air tu lama-lama,, haha.. pastu cakap dengan si Ijiee ni,

"weyh, aku nak bergayut dengan awek aku ni"

"duduk jela sini call, sambil-sambil tolong aku hantar air ni sikit"

aku hantar la ,,dah abis tu ku pergi tandas,bagitau Ijiee je,
"weyh,, kalau bos tanya aku cakap je aku  pergi tandas eh"
"oke :)",, hehe, nasib Ijiee ni boleh deal..


bergayut la dengan Mrs. R ni sekejap,,tapi tak sempat nak dodoikan, aku dah dengar bos jerit-jerit nama aku,, huhux,, sory sayang~


pastu dengar suara Ijiee "NAIM PERGI TANDAS!"
haha, terima kasih Ijiee, dapat lepaskan rindu kejap . :D


pastu kemas-kemas la, susun meja untuk esok ada orang nak makan ramai-ramai kat situ..
n then harini masuk pukul 12, :(


takpelah ,,mesti dapat gaji lebih kan, hehe


oke tu je nak citer ,bersambung lagi
,gudbye!
:D










Sunday 22 April 2012

pantai kelebang 28/3/2012


miss this moment <3

luve you!!!

#15 hari bekerja

SALAM


hari ke 15 bekerja~


Sabtu, biasa lah kalau customer ramai tu, kedai sebelah boleh pulak mengada-ngada nak tutup,,
petang tu dalam  hati aku "abis la malam ni"...



petang tu nasib baik tak ramai sangat, tapi masuk ke magrib dah start ramai, sampai aku nak solat pun kena tunggu dulu..  malam tu disebabkan terlalu ramai , pekerja bahagian depan ada 5 orang,,
so, aku dengan murah hatinya la pergi tolong Nizam sebab dia sorang-sorang je settlekan bakar-bakar ni semua..


ramai kan..
  
dah kurang sikit..
untungnya tolong dia ni aku boleh curi-curi makan keropok,kentang, HAHA..
tolong dia pon relex je ,juz hantar makanan ,tak perlu lah nak pergi order segala..
dalam 2 jam aku tolong dia,, sampai pekerja depan ni,,Sofea, ..
marah ..
"dah2 la tu tolong dia, tolong depan ni pulak!!!"..

yang si Nizam ni pulak

"xyah2,,kau tolong aku je, banyak kot bill aku sorang-sorang nak settle!"

aku dah pening, last-last aku pegi tolong depan sebab nampak pinggan mangkuk atas meja banyak tak berangkat,, sampai customer nak duduk pon takde tempat..terpaksa lah bukak 1 meja panjang kedai sebelah.. huhu.. awesome betol dia punye sesak!

tempat bakar
malam-malam tu dah takde customer sangat.lepak la dengan si Nizam ni,,tengah borak-borak ada sekor binatang ni higgap kat dahi dia, menggelepar, terjerit-jerit macam pompuan,, HAHA..
"aaaaaaa ,aaaaaa, ape bende ni!!!",buang dok,,aku takot!!"

XD ,aku masa tu dah terduduk dah gelak,, kelakarama betol la...
binatang tu
tapi ditengok-tengok balik besar jugak binatang tu,, terbang sana sini, takot gak aku..

jam menunjukkan pukuk 12.00 malam ,masa ni ada lagi ustomer masuk,, perhhh sakit hati betul.. dalam pukul 12.30 baru aku start2 sapu,,pukul 1 ayah aku dah call nak amek,aku cakap  pukul 1.30 baru habis..
so pukul 1.30 lah baru habis balik..

hari yang sangat meletihkan,,nasiblah dia up gaji,,huhu.. berbaloi jugak laa :D

oke ,,itu je story untuk hari ni,

bye!




Saturday 21 April 2012

kerja lagi #

SALAM

aww aww~
:D hehe

Semalam masuk kerja pukul 2.30 ,sebab solat jumaat kan,, sampai-sampai je bos ada kat depan kedai tengah betul-betulkan wire apa ntah putus,, pastu dia suruh aku siram pokok bunga dia yang ada kat depan kedai tu..
and sapu-sapu sampah sikit,, aku ikotkan aje la,,,


dalam hati "apa la bos aku ni,tengah2 hari suruh siram pokok,, orang siram pagi-pagi tadi"..


petang tu tak la ramai sangat orang,, sebab rasanya orang semua pergi pasar jumaat dekat-dekat dengan kedai aku tu jugak la..
ada customer datang juz order air je,, bawak plastik banyak-banyak,"humm beli kat pasar jumaat la tu"
tapi bagoz jugak, senang kerja aku,hehe..
marisa  , ijiee

ijiee,   lia

masing-masing ngantok je tunggu customer semalam, haha


dalam pukul 5.30 petang gitu langit dah gelap...nak hujan..memang lebat hujan petang tu , sampai tempias , orang nak makan,terpaksa customer tu pindah meja dalam sikit,..


malam pulak , dalam pukul 8 9 gitu orang tak la ramai sangat, tapi mula pukul 10 orang dah ramai, tiba pulak bukak citer SUPER SPONTAN tu kan,, haaa, memang tak balik la customer2 semua ni,,tergelak-gelak ,dengan aku skali,, tengah2 angkat pinggan ni,, sempat lagi curi-curi tengok ,haha, takleh nak fokus angkat,sampai ada sekali tu aku nak terhantar pinggan dekat tempat buat air,, XD,, naseb la orang tak perasan..


dah penat-penat ni,,aku lepak la tempat buat air ni,, memang takleh duduk diam jugak duduk situ, nampak tembikai nak makan, nampak laici nak makan,, haha,. dah tak tahu nak makan apa aku suruh si Ijiee ni buat air XYZ..... selau dengar ABC kan,, haaa, tempat aku ni ada special sikit,, terbalikkan jadi XYZ, haha.. 
selalu aku order ramai customer tanya apa air ni,, aku explain la....memang dari fes kerja aku nak try rasa air ni,, baru semalam dapat....


XYZ...yumm!

rasa semalam macam cepat je masa berjalan,tengok -tengok dah dekat pukul 12.. 

sakit hati jugak bila dah time-time camni ada customer masuk,, dah la aku tak makan lagi,, suruh la tukang masak ni masakkan mee goreng basah! huhu,, die masak memang sedap .sebab tu aku order...


dah abis makan cepat-cepat kemas ,sapu-sapu,, sebab dah terlebih pukul 12 kan, takot lambat pulak balik,, last2, berjaya jugak siapkan before pukul 1,, then balik laa.. 





oke,, that's for today... XD.

btw, for Mrs R. .  saya asyik teringat-ingat awak nak buat surprise tu ,, haha..

buat rindu je kat awak <3

:*...mmmuahh!




Friday 20 April 2012

kerja kerja kerja

SALAM



tepi jalan
kat sebelah sana tu kedai lain
"brother joe"

ni la tempat kerja aku, tak lah besar sangat... tapi kalau jalan ulang alik hantar makanan, order tu,, berasa jugak la penatnyer,, huhu..

dekat depan kedai ni ada gelanggang futsal,(x nampak kat gambar) so malam-malam memang meriah la kat sini, sampai pagi pun still ada yang main lagi..



ada satu hari tu, budak-budak ni main sepak sampai terkeluar gelanggang hentam meja kedai sebelah , time tu aku tengah kemas-kemas meja ujung kedai aku tu, memang betul2 jatuh dekat meja sebelah aku,, haih,, tu kalai kena memang biol kepala,,


tempat yang aku amek gambar ni lah tempat lepak aku kalau dah penat giler,, sebab tempat ni memang strategik ,bos tak nampak, haha.. tepi jalan kan,,sambil-sambil tu khayal tengok kereta motor lalu-lalang...nampak awek sikit ,,mule la swit2,, haha..aku tak pon(hehe, jangan marah MRs. R), si Nizam ni je dengan member kedai sebelah, aku tengok-tengok, gelak-gelak je,,


tapi lepak  sini tension jugak, kalau si Nizam ni tengah sibuk,, aku lah yang kena tolong dia hantar makanan, tempat ni buat ikan bakar, kentang, keropok,n kelapa, ....Kadang-kadang dia malas nak hantar dia suruh aku,, haih,, geram pulak,, aku hantar jela..kadang-kadang kesian tengok dia kerja sorang-sorang..



yang bestnya,, kalau ada orang order kentang ke,keropok ke, mesti aku cakap "Zam, goreng lebih sikit, boleh kita bantai same2" .. haha, jahat kan aku.. ermm,takde la banyak mana,, sikit-sikit je lebihnya.. kalau air kelapa pulak, dia suruh aku potong, aku memang dah serik,, tapi potong jugak la kalau dah takda orang nak potong, .. n aku suka kalau customer tu nak letak ais , sebab mesti kena kurangkan air kelapa tu sikit kan, nanti letak ais melimpah pulak kan,,, so aku boleh la minum air kelapa ni sikit..

kalau aku order mesti promote suruh letak ais,,
"erm ,kelapa ni nak ais tak? kalau letak ais sedap sikit cik, sejuk-sejuk kan.haaa,, baru puas minum cik." 



"ermm, oke-oke"
customer pon ikut je...haha,, dalam sehari tu memang bergelen-gelen la air kelapa tu dalam perut aku ni.. XD


tempat ni jugak kalau aku nak bermesej dengan Mrs. R,,huhu..
kalau lepak-lepak takde orang  dengan si Nizam ni, dia sibuk nak tunjuk video2 time dia jadi budak rempit dulu,, pastu nak buat muka bangga ,,,aku bukannya minat sangat rempit2 ni...tapi dia dah kasi tengok ,buat-buat jela macam berminat kan,, "fuyooo, power arh,kat mane ni?,bape tiang dia willy ni?" haha,,semua  hipokrit...





Semalam , aku duduk-duduk la mesej dengan Mrs.R ni kat tempat ikan bakar ni sorang2..
yang pekerja-pekerja lain semua duduk bawah ada la kat 1 meja ni,, ada pakcik tukang masak ni tegur
"Naim, orang lain ada awek jugak , baca mesej tersenyum2 sorang2"
"ehh tak la, ni saya mesej mak saya la" ,haha ,,diorang gelak-gelak..

"cehh cehhh cehh"


aku saja la tunjuk ,taip "mak sehat" ,tunjuk dekat abang hery ni...
gelak lagi..haha,, pastu terus kena ejek je,, esoknya jumpa aku mesti tanya,
"Naim, mak sehat?" HAHA!



pastu si anak bos ni datang kat aku,,Marisa..
"eh Naim, ko panggil awek ko mak ea? " 

"eh mane ade!"
erkkk..mesti diorang dah heboh.. naik malu aku,, >.<




tapi seronok la kerja sini, memang semua kepala boleh layan la, gelak-gelak..huhu..


ermm, ni jela nak story dulu,, continue next day k.. BYE :D








Thursday 19 April 2012

KU MAHU KAU TAHU~

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
aKu  akan sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

saat pertama kali bertemu mu,
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hujan/ku_mahu_kau_tahu.html ]
Walau kau jauh
aKu berjanji kan terus menunggu
walau Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
kerana itu semua kenangan manis kita bersama,

sayang,


aku akan Terus menunggu
Kita akan bersatu
aku akan Terus menunggu
saat bahagia datang,

Ku mahu kau tahu
aku cinta padamu...


<3 for my special girl

ReeN ReN~





Wednesday 18 April 2012

cerita kerja # 2

SALAM


kerja hari ini,
hmm, datang2 keje semua dah siap, ahaha,,takde apa sangat nak dikemas,
so, carilah kerja pape an, nak menampakkan aku ni buat kerja,
pastu bos suruh siang halia,, haha, fes time kot aku siang halia, selama ni buat keje siang bawang je,


harini boleh dikatakan ramai jugak la customer,
ingat hari bekerja kurang, x sangka pulak boleh ramai,,
n tadi banyak careless. haha, order tak tulis no, meja la,,
sampai bos cakap "kenapa naim ko arini,,, ngigau ea?"
haha,, aku senyum jela,, xtau la kenapa dengan aku harini,,n lagi 1 punye careless:

tadi nak tetak kelapa,tertetak jari,, wuaaaaa!!!
sakit wooo, terpancut darah, pastu angkat piggan boleh pulak terkene cili tempat luka tu,, aduiii,

tahan jela, 


biasa je kerja arini, ada customer yang x reti sabar la,,
pastu aku datang nak order die boleh bbual2 plak ngn member die,
aku bdiri la kat situ lame2 tunggu,,,kalau ikut hati da memang nak blah da,
nasib la kedai tu bukan bapak aku punye!! 
ggrrr! menyirap je,,




tapi ada 1 benda yang buat aku rasa hilang semua tension aku tu,,
"tenot tenot"
mesg sampai,,,msg dari SI DIA,,huhu
terharu giler dengan msg tu,,
haih ,,tula yang buat aku rindu sangat kat die ,
hehe
THANKS SAYANG!!! <3


ermmm, rasa masa laju je arini,, 
tengok2 dah nak pkol 12,, masa nak kemas kedai ni,,biasa la kerja aku,lepas2 da sapu semua pastu buang sampah,, settle!

style aku buang sampah :

guna kereta sorong,,
pastu heret naik motor.
sorang bawak,,sorang dok blakang mengadap belakang pegang kereta sorong tu,
HAHA


tadi si Nizam ni bawak laju2,,,sampai tercicir selipar ngn sampah nye atas jalan,,
tinggal kereta sorong  je aku heret
naseb la aku tak tertonggeng skali
 ,, haha...kutip balik aku tolak je sampai tempat sampah tu, 


n then settle la keje aku,, bole pulang!
huhu


nk balik pulak call la bapak aku ni ,,tak berangkat,,
naseb la member kat sebelah tak balik lagi,,tumpang die je,,huhu
hmm tula kisah kerja aku tok arini....tade pape sangat nak dicerita,,




BYE


t update lagi ~


:D










Monday 16 April 2012

cerita kerja #

SALAM



kejadian2 ketika kerja yang seterusnya~~~
*cara hagemaru cakap..HAHA



oke, fes skali nak citer pasal sorang budak ni,, budak kecik mksod aku,, 
family dea datang makan kedai aku, aku macam biasa lah,amek senjata aku(pen, menu ,buku)
dengan semangatnye pergi la order, hehex,



oke,,mak die order masa tu aku dah tak ingat dah benda apa ..
tapi masa budak kecik ni order je aku ingat,,die order nasi goreng kampung masa tu,
nasi gorang kampung pedas kan, mak die cakap la,,"eh2 ,x boleh ,nasi tu pedas la dik"
umur budak tu dalam 5 6 taon la,, erm ,pastu mak die orderkan la suruh tukar nasi goreng cina,,tak pedas..


budak ni taknak jugak, dia lawan balek, "xnak, nak nasi goreng kampung jugak!! ..*hntak2 meja.
aku tersenyum jela,dalam hati biase la budak2 kan,, pastu mak die cakap kt anak die ni, "oke2,,nasi goreng kampung eh"

dalam senyap2 mak die miming kat aku
 "nasi goreng cina " 
aku paham gerak bibir mak die, so,aku tlis la untuk budak tu NGC..(nasi goreng cina)..
pastu order ayah die pulak, makan ,minum, ...da abis tu,aku tlis2 salinan order tu pstu nak blah la
and THEN.. time aku nak chaw dari situ..dalam suasana angin sepoi2 bahasa kan,senyap je


si budak ni bebunyik "MAK!"
"INGAT ADIK TAK TAU KE MAK CAKAP KAT ABANG NI NASI GORENG CINA!,ADIK NAMPAK!"
*buat muke garang, pstu goyang2kan jari tlunjuk kat mak die*



HAHA,, x sempat nak tahan aku dah tergelak kt situ,,aduyaiiii,,cerdik tol budak ni


so terkantoi la usaha kami nak bersubahat,, XD 
..tapi pape pon aku tetap dengan "nasi goreng cina",tak tukar
hidup nasi goreng cina!!! HAHA XD
 ala, budak2 bukan reti beza pon nasi goreng kampung ngn cina an.,, reti makan je,,
die order tu pon agaknye sebab dengar nama "nasi goreng kampung" tu lg sedap,HAHA, 




oke,,cerita # 2 plak~~





malam tu memang penoh la orang kat kedai aku ni,,sebab ada Festival Mersing ni kan,,ramai la orang turun mersing.. 
disebabkan ramai, ada la pinggan2 yang tak berangkat  atas meja,,masing2 sebok buat kerja lain 


aku ada la jugak kadang2 pergi angkat cawan2 pinggan2 ni , 
ada sekali ni tengah2 nak angat cawan,,aku timpa2 cawan tu sampai tinggi,then baru nak angkat je ada customer masok ,so aku tinggal kan la dulu ,,pergi lah order dlu ,, 


dah abis order ,aku nak pegi lah balik sambung angkat cawan ni,, 
ada sorang customer ni,, x reti duduk diam,da order die pergi merayap ,jalan2, duduk merata2 kan,,ntah apa tujuan die buat mcm tu, nak tgok tv lagi jelas kot,,, pastu,,die duduk la kat meja yang aku nak angkat pggan n cawan yang aku dah timpa2 smpai tinggi tadi..




tak sempat nak sampai,, si customer ni terlanggar cawan yang tinggi yang ada air lagi dalam tu,, 


bayangkan la cawan tu mcam bangunan jatuh kat die,,,, abis basah baju,, XD
yang tak boleh bla tu muke die,, muke terkujat,,HAHA,, abis baju,,
air bandung ade,,teh ais ade,,kopi ais ade,, HAHA, aduiii, 




aku masa tu memang xyah cakap la,,geli2 buah pingang aku ni  gelak
,,,kawan2 yang si customer tadi smpai terangkat2 kerusi gelak,, haha
then cakap "tu la ,x reti duduk diam lagi ,merayap2, kan dah dapat!"

XD

mesti malu gile die time tu,,,HAHA..



tu la antara pengalaman kerja aku~~

kadang2 seronok ,kadang2 tak,,ada jugak customer yang jenis x sabar,order muka nak marah,,huhu,,pape pon aku tak kesah,,aku paham kerja macam ni memang kena berdepan dengan macam2 kerenah,, huhu...



bertahan jela,,kumpul duet
nak amek lesen same2 ngn my sayang,,,hihihi

;D 







Sunday 15 April 2012

kerja

salam

nak citer skit pasal keje tok my love nih
huuh,, takpe la, luangkan masa untuk update kejap eh,,
FOR YOU~

antara pengalaman yang klaka ,aku keje bhagian depan ,yang amek2 order ni semua kan,
ada la sekali ni ,2 org customer datg, dengan pntasnye bangon la pegi order,,
yang sorang ni order teh ais...
pastu yang sorang ni order carrot susu..

aku pon tulis la atas T.A sigkatan tok teh ais an..
yang bawahnye tlis la carrot susu,,
"T.A
carrot susu "
..then antar la dekat si pembuat air ni ..

ijiee kitorang pggl dea.. dea buat then die anta sendiri,huhu,, ni yang best nye kedai ni,,air tak perlu susah2 kene anta,,die pndai anta sndiri,,aku juz order and sikit2 anta makanan..

mase die anta tu kan ,customer cakap salah airnyee, pstu die pegi la kat aku,
"weyh ko salah order ea?",, pstu aku tgok la air kat atas meja customer,memang salah,,air 1 je ,teh o ais plak uh. haha..
pstu ,aku ckp arh,,"asal anta 1 je air?,, kn aku tlis teh ais ngn carrot susu"
si ijiee ni tkejot la,, then die amek blek kertas yang aku tulis ni n cakap

"aku ingat ko tlis teh ais,
pstu bwh ni "cannot susu".."so aku buat la "Teh o ais"..
HAHA! naik sakit prot gelak aw,,,

klau aku ckp xnk susu xperlu la aku nak speaking ,tlis pnjang2 mcm tu,, haha,,mengong!!


kk,,tu jela eh sayang b smpat update,, t update lagi,,
bye luve you,,
*mase da nk abis ni,huhu

SALAM

mmmuahh!!



Tuesday 10 April 2012

QUOTES~

SALAM


hummm, satu lagi post untuk awak
hehe,
luangkan masa pagi ni untuk ni,, *opss da tgah hari,, XD



actually hari ni tade la cerite sangat nak dipost, huhu
cuma saya akan sentiasa post
sebab rasa macam ada benda tak kena kalau tak post,
sejak2 kita mula sebok ni kan,,huhu.
mungkin sebab...
sebab saya sentiasa rindu awak!!~
 <3
:-) hee


ermm, tadi adalah terbaca quotes2 ni kan,,huhu
salah satunye:


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
 itulah yang sukar diperoleh.



hmm, sukar untuk dicintai oleh orang yang kita cintai?
maknanya saya dengan awak dapt capai la benda yang "sukar" tu kan,, hehe
thats why YOU and ME are amazing!! :D


Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi 
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
pasal yang ni pulak,, humm, saya terima awak seadanya sayang~
harap awak tak rasa terkongkong dengan saya yee.
cuma yang saya tegur tu jangan la rasa tension ke ape,,
untuk kebaikan awak n saya~ hehe

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


dan quotes yang ni,
saya nak awak tau
saya nk bagitau buat berkali2
 yang saya sentiasa mendoakan awak,
doakan kita ,
harap kekal~
saya bagi tahu lagi sekali,
saya sayang awak sangat!!
reen ren <3

oke, tu je tok arini,, esok update lagi :)
hehe, nak siap2 pegi keje ,,

*wink2
bye dear

SALAM~







Monday 9 April 2012

RINDU


       2 bulan cuti,
       2 bulan jugak aku tak dapat nak jumpa die,
       dah sememangnye lah perasaan R.I.N.D.U ni ada, 


 dekat U tu pon dah rindu, apa lagi dah jauh macam ni,  hummmm,.. 
setiap kali bangun tido je mesti tengok phone, ada tak mesej dari die, kalau ada tu rasa lega sangat ,tersenyum :D hehe.




 n mulai semalam dah x boleh nak berSKYPE da kan...
awak dah start nak kerja, nak kene bangon awal,
klau tak hari-hari tunggu saya balik keje ,,huhu

appreciate that , thanks sayang~


pasal DATE kita dekat Melaka aritu,
rindu sweet moment time tu, kadang2 lama termenung ingat2 balik,
haha, tu lah date paling bez bersama kan, 2 hari siang malam, dengan awak je,,
i miss so much that time sayang~  
huhu >////<...
*nak date macam tu lagi!!




Dataran Pahlawan ,Melaka




Pantai Klebang,Melaka.

disebabkan lepas x boleh skype 
mungkin susah la sikit nak contact2 awak,
sebok kerja kan,,
apa2 saya nak cerita kat awak, saya cerita kat blog ni jela ye,,
rajin2 la bukak :D



Mr.Star

haaa,,ni lagi 1, MR. STAR!!!!!
bantal comel awak ni jugak la tempat sya lepas rindu..
tapi snarnye benda ni kan,,buat saya lagi rindu !!!,
huhux, buat ciom2 mase baring2,,,huuu, miss u so much!
 thanks for this sayang~
saya jaga bantal awk ni baek2!
:D


lastly nak pesan,
simpan duit gaji tu k,
kite amek lesen keta sama2 oke, hehe
bye,,, SALAM~
;D


I miSS MY SPEcial girl SO mUCH!!!
:*

ReeN ReN