AISHITERU

Its so sudden that
we know each other...
Its so sudden that
I texted you...
&

Its so sudden that
you are being mine...

However,
it will never be,
for suddenly hatting you...
because

AISHITERU!!

Wednesday 21 November 2012

Awak Awak Awak~

SALAM


               Sejak kebelakangan ni , aku macam sambil lewa je layan dia, banyak kali aku tinggalkan dia kalau mesej, lambat balas , tertidur . humm.. banyak kali!

               Aku sebenarnya takut  , takut kalau dia muak dengan aku, takut bila dia anggap aku ignore dia. macam ex dia dulu... dengan jujur hati aku ,aku taknak kehilangan dia, dia perempuan terbaik aku jumpa setakat ni, paham aku , pandai hargai aku..

              Tapi sekarang, even aku buat dia macam tu pon, dia tetap bersama aku , dia sabar layan kerenah aku , tulah perempuan yang laki cari. faham pasangan dia ,aku sangat sangat selesa dengan dia.. memang yang terbaik..


              Macam-macam dia buat untuk aku, macam-macam . tak pernah muak , sentiasa ada idea untuk buat sesuatu untuk aku.. tapi aku dah kurang nak buat sesuatu untuk dia. Haih, apa lah aku ni . :-(




 gambar-gambar ni , dia snap then hantar dekat aku, huhu, kalau aku, memang jarang lah nak hantar MMs dekat dia..Kalau lah nak dibandingkan dia dengan ex aku dulu, haih, memang macam langit dengan bumi, jauh beza.. ex aku dulu nak buat sesuatu untuk aku ? huh jangan harap lah. kadang-kadang mesej pon lebih kurang, tapi dengan dia. aku rasa aku pulak yang kurang.. 




 ni pulak gambar "sesuatu" yang dia buat untuk aku, nak bagi semangat untuk aku masuk sukan aritu. haih, rajin dia buat benda-benda ni untuk aku, even nampak senang kan juz tulis dan snap gambar, tapi kalau takde keinginan, perasaan ikhlas nak buat, mesti tak jadi benda ni,, huhu, suka tengok muka dia,, comel!!!
 >.<

p/s: saya selalu zoom tengok muka awak yang comel tu,  hek3..

redup wajahmu buat aku tenang,
senyum manismu buat aku tenang,
kau wanita idaman setiap insan,
untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali,


Dear awak, 
  saya nak minta maaf sangat-sangat atas semua perbuatan saya yang awak tak suka, saya harap awak tak simpan semua tu dalam hati, saya tak sanggup hilang awak, saya sayang awak sangat-sangat <3


ikhlas dari saya :-)

Naim~



           


           

Wednesday 31 October 2012

Kenangan Berharga~

Assalamualaikum~


           Saya nak luangkan masa sikit update blog untuk awak :)
kali ni nak post cerita yang dah lama . tapi nak cerita jugak sebab saya rasa memang nak post,hehe


Ingat lagi SUKOL?  :-D

Kita sama-sama masuk ,,main badminton?,
 betapa terujanya saya, *cehh..
Nurfitri Azreen bersukan.. waaaa hehe.. semangat betul awak masa tu nak masuk..sebab apa ek? nak tiru saya ea? haha

petang-petang kita main badminton sama-sama dekat Baiduri , orang tengok buat tak tau je main, haha.. semata-mata nak main badminton dengan awak, atau bahasa lainnya nak melatih awak sedia nak masuk Sukan Kolej ni, huhu.. miss that moment~

Saya bangga dengan awak sebab awak bersungguh-sungguh sangat nak masuk,ajak kawan-kawan lain,tapi diorang taknak,,tapi awak tetap nak main, *mungkin ada sikit paksaan dari saya lah, haha...

Tapi masa tu,kolej awak dah ada yang hantar wakil, dah penuh untuk acara badminton, hmm, sedihnya, sampai sanggup wakil untuk kolej lain, hehe,, waaa semangatnya~


Sampailah hari pertandingan tu, kita pergi sama-sama ,pagi-pagi tu dekat DSS .huhu, bawak raket badminton.. dalam hati saya  *waaa ,betul ke syg aku ni nak main badminton ni,, haha

 pagi tu peserta-peserta perempuan main dulu,, so awak main dulu masa tu, main acara perseorangan ke beregu ek, tak berapa ingt lah, nak tau tak apa saya rasa duduk kat tepi tengok awak,, saya rasa macam nak  pusing keliling gelnggang tu berlari jerit nama awak banyak kali,, huhu,, semangat taw,,huhu...n then awak menang game tu,x pasti perseorangan ke bergu,,tapi yang penting awak menang !!... whaaaaaaaaaaa ,hebatnya!!!! saya bangga!!!, bangga anak murid merangakap awek ni menang! haha...kat situ jugak lah awak kenal kawan-kawan baru kan, hehe,sama course dengan saya pulak tu , :)


Yang buat saya terharu sangat dengan awak , awak sentiasa ada bila saya main kan,
even awak tkde apa-apa masa tu, awak tetap nak ikut saya,
nak tengok saya main kan, sanggup jalan jauh-jauh teman saya, waaaa
terharunya saya :').. sayang Nurfitri Azreen <3

semangat saya lain masa main tau, tkde rasa gemuruh langsung ,
mungkin sebab ada awak ,huhu


Sampailah saya masuk final kan, awak tetap ada sebelah saya sokong saya, satu-satunya penonton yang tetap ada walaupun sorang-sorang, ingat lagi final perseorangan?,awak sorang je penonton, n then,,TADAA!!



ni lah hasilnya, even dua-dua tak sama warna, saya tetap bangga, bangga dengan kejayaan saya dan bangga dengan orang yang membantu kejayaan ni ,yang bagi saya semangat,inspirasi <3

You are My Inspiration~


setiap kali teringat pingat ni,mesti teringat pasal kisah ni,
teringat awak~
ni saya anggap sebagai antara moment paling bermakna dengan awak.
Terima Kasih atas semuanya~
Nurfitri Azreen..
                                                                  
                                                        I LOVE U SO MUCH..

IKHLAS DARI SAYA: Sharulnaim :)





Saturday 27 October 2012

Daripada AWAK~

Lama sangat dah aku tak meng'update' blog ni, dah lepas 1 sem aku belajar, aku tak sentuh langsung , 
haih, lama sangat.

               Sebab tak update, mm, dekat U aku tu aku tak pakai internet , selalu bukak guna wifi U je, yang lembab gila sama je macam adik aku tu bila mandi dalam bilik air,, berejam menunggu, :p
lagi sebab  aku sibuk sangat lah semenjak jadi exco ni, memang takde masa nak bukak blog ni..

               haaa , tapi sekarang tengah cuti sem  ni, duduk rumah takde buat apa, ni la keje mengadap laptop je 24 jam, baru lah ada masa untuk blog  aku ni ,hehe~ 

              Banyak cerita sebenarnya nak diceritakan  sepanjang semester 3  aku dengan Mrs. R~...
Dan untuk pengetahuan , pada 17 /8/2012, hubungan kami dah cukup 365 hari, yeay ,anniversary kami...
dan sempena hari tu, Cik Nurfitri Azreen atau nama glamornya Mrs. R, hehe.. dah sediakan sesuatu untuk aku..



TADAAAA!!!

               
haaaa, ini kotak hadiah, Mrs. R bagi masa nak cuti raya mase ni, malam masa aku nak balik kitorang jumpa dekat tempat "menunggu" kitorang then Mrs. R bagi .... then aku terus bergerak masa tu pergi tunggu tempat kawan yang aku nak tumpang balik ni suruh tunggu , masih tak bukak lagi kotaknya sebab rancang nak bukak bila sampai rumah nanti... then,,, Mrs. R mesej ,ada 1 lagi dia nak bagi ... wooww.. ada lagi?
dia berlari pergi tempat aku bagi benda tu,, haih,, kesian dia~ 







dari belakang dia datang ,termengah-mengah(alahai kesiannya)..mmm ni lah dia,,dia tertinggal ucapan alu-aluan yang dia buat tulis dalam kad berbentuk "love" ni.. then Mrs. R berlalu pergi , aku tengok je "orang yang dikasihi" ni dari belakang sampai dia hilang dari pandangan ~ 




Sampai je rumah, first sekali aku buat lepas masuk bilik, bukak kotak ni ,,huhu,,
jeng!!!!!

ada DIARY,, woow!!

pastu ada lagi 1 , WALLET,, woow!!







 lepas tu , aku paling nak tahu pasal diari tu, tapi ad code ,nampak kat tepi tu kan,,kene pakai code bru boleh bukak.. adusss,, hehe,, tapi menarik!!! >.<

dalam hati , mesti dia ada sorokkan dekat mana2 ni,nak bermain nyorok2 dengan aku la ni,
TAPI,, puas aku cari dalam kotak tu..
-bukak wallet cari dekat setiap kocek wallet ade ke tak nombor..
-tengok kotak  tu teliti, belah dalam,, luar, bawah sampai aku macam nak kopak je kotak tu mane tawu dia simpan kat celah-celah tu, haha


last2, aku teringat , aku ada 1 alat elektronik yang boleh buat aku tahu code nyee..
bangon pegi amek alat tu ,,then aku taip

"awak, apa code diary tu?"

then ,hntar dekat tuan yang bagi diary ni, haaaaa pastu dapat!!
haaa ,power bEtUl la alat tu kan,, nokia c3 name die, puahaha

XP

then bukak lah diary tu,, aku selak sehelai-sehelai  muka surat dia, TERHARU :'D

  dalam diari tu ada semua cerita dari awal hubungan kitorang setahun yang lepas...siap ada gambar-gambar lagi, cantik~

THANKS! ;D





cerita pasal surat ni pulak, hmmm,,dia bagi masa kitorang lepak-lepak date .. hmm, rajin dia tulis, ermmm, masa tu jugak ,duduk sebelah dia,,  aku senyap ,baca surat tu... aku terharu lah, isi surat tu macam menyentuh  perasaan sikit, :')then, haaaa, yang ni menarik, penyepit baju yang dia buat ,bagi aku masa sebelum cuti sem aritu,, waaaa ,banyak sangat dah benda Mrs. R ni bagi aku..

Penyepit ni bila tekan then ada tulis "i love u",hehe, comel~


then bile terbalikkan ,tekan, ada tulis "i miss u" pulak... cantik!!!!

p/s:mesti susah kan nak tampal kertas tu kan Mrs. R?



saya janji jaga baik2~ 


Thanks for everything Nurfitri Azreen~
:')
Thanks hargai saya~
i love u :*

Friday 18 May 2012

happy Birthday Mrs R

SALAM.



              Actually dah lama aku fikirkan apa yang aku nak buat for first birthday Mrs. R with me.
pening jugak fikirkan surprise nak dia happy gila untuk birthday dia kali ni,, nak birthday die ni PERFECT!!!     >.<


              Yang paling aku pening nak bagi hadia ape, haha, ermmm , macam-macam la aku pikir, sampai aku cari kat tenet nak bagi hadiah ape.. huhu, tapi aku rasa tenet tu pon tak sesuai nak bagi kat die...


              So,nak dijadikan cerita,petang tu lepas aku balik kerja , lalu la dekat depan 1 kedai ni, masa tu jalan tengah jem, aku tengok kat kedai ni ,waaaa, TEDDY BEAR,,die letak betul-betul depan kedai ni,, aku teringat terus pasal hadiah tok my sayang ni,,teringat la jugak yg my sayang ni memang gila teddy bear.. so , aku set salah satu hadiah pilihan untuk bagi dekat die "teddy bear"!!!, huhu, tapi aku tak lah terus beli time tu jugak,, malu la,, nak masuk kedai tu,macam tempat perempuan je,, name kedai pon "PINKY", haha




               Masa kat tempat kerja pon, aku ada tanya akak ni,, apa hadiah nak bagi,, akak tu cakap ,"bagi la kain ke, bole dia buat baju", haha, aku bukannya reti pilih2 kain ni,, dia ada cakap "bagi jam".. erm,, jam?.. macam dah biasa  lah jam2 ni.. aku teringat jugak yang dia ni memang dah banyak jam,, buat koleksi, huhu..
oke, skip pasal hadiah...


               Pikir pulak macam mana nanti aku nak bagi hadiah tu dekat die,, time ni plan nak jumpa tu tak konfem lagi , si Mrs. R ada cakap bagi guna post,, hehe, ingat lagi..tapi entah macam mana ntah masa tu,,kitorang plan jugak untuk jumpa...>///< yosh!!!


              So, bermain-main lah kat fikiran aku nak buat macam mana nanti,, surprise apa aku nak bagi,, arghhhhh pening kepala,., n seminggu sebelum kitorang jumpa, aku dah ada plan,juz simple plan, aku rasa aku perlukan rakan-rakan aku ,hehe, so, kitorang chat la dekat facebook 1 malam ni, bincang pasal apa nak buat masa bufday Mrs. R...diorang bagi la idea nak buat dekat mana ,so aku ikut jela kan, gabung dengan plan aku..So, semua nya set...semua dapat keluar 17 haribulan tu.. yeah!!,, lega,, thanks so much too Kirin,Seha, n Shera!!..tanpa diorang jangan harap lah nak kua date..hihi..sangat banyak membantu~


              Sambung lagi pasal present, aku decide lah,, nak beli teddy jugak ,1 hari ni, masa tu teman akak tempat kerja aku ni nak pergi beli kasut  untuk hadiah hari ibu, kedai tu pulak kebetulan sebelah kedai yang jual teddy tu , so, alang-alang dah dekat situ, aku suruh la akak ni tolong belikan untuk aku,,yeah,, berjaya jugak beli,,huhu (nak beli sorang-sorang malu)..esoknya pulak aku beli teros sampul untuk tutup kotak tu, sebab kotak tu ada gambar teddy, kantoi la nanti kan,, huhu..dalam kepala otak ni dah terpikir dah, siapalah nak mintak tolong bungkus? huhu, sape lagi kalau bukan MAMA aku ,, haha..


             Esok malamnye,, sehari sebelum date kitorang..huhu,, mak aku bungkus lah hadiah ni.. semangat betul dia,, sampai aku kena marah sebab beli reben yang kecik punye,, "kenape beli yg kecik ,tak lawa la,patutnya beli yang besar yang berkilat2 tu,,baru sesuai,",,hmmm, aku diam jela,, haha,
lepas dah siap ikat reben apa semua tu kan, die merungut lagi "ish,macam tak cantik la reben ni,, kena ada bunga ni",, dia sendiri pergi cari bunga yang orang kawin punya tu je,, die gam kat atas tu . huhu ..pastu nampak reben tu x cantik lagi ,die amek pisau die alurkan kasi reben tu bergulung-gulung.. haha,, aku sampai menguap tengok dia menyampul kotak ....hehe, Btw terharu :'D
thanks mum!







            and NOW! tiba lah hari yang ditunggu-tunggu,,pagi2 aku dah bersiap.....

 BERDEBAR-DEBAR!RISAU!HAPPY!



semua aku rasa , haha,,
berdebar-debar sebab sepatutnya kena jumpa dengan parents dia dulu mintak izin nak ajak dia keluar,
risau sebab aku takut dia tak hepy dengan plan aku tu yang aku rase simple je..
happy sebab aku akan jumpa dia la,,miss her so much! :D




oke,, aku bertolak dalam pukul 8 ,sampai dalam pukul 11, aku cakap dengan kawan-kawan aku ni pukul 10 dah siap,, so aku target mesti pukul 11 diorang baru siap2,, kan selalu macam tu kan, haha, janji melayu!
tapi masa tu, pukul 9.50 diorang dah sampai dekat larkin,, perghhh!!! awal gile,, lame diorang tunggu aku dalam kereta tu,, huhu,, sory guys!


  sampai-sampai je, dalam perjalanan nak pergi rumah si Mrs. R, tengah-tengah dalam jem ni ,kereta si Shera ni berasap.. arghhhh, panik!!! kitorang terpaksa bukak double signal n berhenti dekat situ jugak...bukak je bonet depan tu ,arghhh,, terbakar!!!
,, cepat-cepat tiup!! tak lama lepas tu shera telefon pak ngah die, datang, nak dipendekkan cerita,, pak ngah dia tanya kitorang "nak pergi mana ni ? ada hal apa?"
shera jawab "nak pergi majidee dulu pastu nak pergi jalan-jalan".. pak ngah dia terus bagi kunci kat shera
"takpe lah,guna je kereta pak ngah, kereta ni bia pak ngah settlekan",,huhu,, kereta manual,,agak kekok jugak lah si Shera ni bawak kereta,,yelah selalunye auto je,huhu,,tapi alhamdulillah semua selamat~ :D
terharu pulak dengan pak ngah die :'D,,, yang si Shera ni pulak x abis2 mintak maaf kat aku sebab dah rosakkan date aku, die panik,, huhu,,sokeyh,,aku lagi lah terharu kan,,kawan-kawan aku ni pentingkan jugak date aku ni ,huhu :'D ,,thanks semua!!!!!!


Pergilah rumah si Mrs .R,, senang je jalan ke rumah dia sebenarnye :D


sampai-sampai je ke rumah dia,, call la dia cakap dah sampai depan rumah,,n then dia klua kat depan rumah, tapi......
aku nampak muka dia macam tergesa-gesa..ermm,, laen macam la,, macam nak keluar tu senyap-senyap,,
masa dia salam mak dia tu ,aku dah perasan ,dia macam nak menangis,tgok mata ngn hidung dia merah,,ermm,,yela tu, aku dah risau,,,betul-betul aku risau masa tu,,tapi biler aku tanya dia cakap takde apa-apa..masa dalam kereta tu, aku senyap je,,kurang bercakap,actually aku tengah pikir apa yang buat dia jadi gitu, n apa aku nak buat biar dia hepy,, huhu,,,aku pulak jadi sedih masa tu..tapi aku biarkan jela,,aku nampak dia macam nak gembirakan diri dia sendiri,,hmmm,, bagus lah.. aku mula rasa lega sikit..


          Seperti yang dirancang, kitorang pergi Jusco Tebrau,,semuanya sudah di plan sejak awal lagi, haha..
lepas tu, aku perhatikan je nombor tempat kitorang parking kereta "J283",,hehe,,so senang aku nak pergi buat surprise nanti....pergi lah makan , masa dalam perjalanan tu ,,ada jugak kenyit-kenyit mata kat kawan-kawan aku ni suruh cari tempat yng boleh bawak makanan luar, sebab,hmmm,, NANTI NAK BAWAK MASUK KEK~ ,hehe..tu agendanye.. dia pulak masa tu nak pergi ATm,cucuk duit,, memang cantik la,,aku mesej diorang, cari tempat yang tersorok sikit,, hee,, then tempat nye KFC,, yeah ,diorang memang pandai cari tempat,,sebelah tembok, haha,,, gud job..


         Then, order la makanan, time tengah-tengah order ni pon,,,kitorang dok bincang macam mane nak jalankan plan kitorang,,,oke, aku ajak Si Kirin teman aku pergi tandas!
tujuan utama : nak pergi amek hadiah kat kereta n tempah kek!!


dengan bawak hadiah ni aku tanye Kirin "weyh .hadiah ni nak letak mane ?"
"letak belakang tembok dulu" ,,,,n then kitorang masuk senyap2,, letak hadiah belakang tembok tu then buat-buat jalan macam biasa,,makan la sama2,, hehe..
dah abis makan baru lah Si Kirin pulak ajak pergi ATm..


tujuan utama: nak pergi amek kek!, haha
jauh kitorag pusing xnak kasi Mrs, R ni nampak.,n then kek tu punye lilin pon kitorang nyalakan belakang tembok!, haha, banyak berjasa betul la tembok ni..thanks! XD n then bawak lah pergi ktat dia,,SURPRiSE~!! :D,die macam terkejut jugak la,sambil nyanyikan lagu "happy birthday" .. :D hehe

happy birthday~ :)




    Kek tu punye la besar , aku potongkan untuk si Seha,Kirin n Shera,,huhu.Tapi apsal aku yang potong ek?erm ,sebab Si Mrs. R x reti potong kek! =,= HAHA!.. 
aku pulak kongsi je dengan dia kek tu,,tu pon x abis~ bawak balik la yee Mrs.R...:D
Lepas tu kitorang beredar dari situ, nak pergi ------->berBowling pulak :D


tapi sebelum tu Mrs. R ada bagi 1 benda sweet~ 
Reen ren <3 Sharikashi
comel~




habis la cerita dekat Jusco Tebrau...


main bowling pulak dekat Daiman.


kali ni bufday girl belanje!! hee..
thanks ye sayang~



masing-masing makin power la main , haha, macam-macam skill diorang buat,, 
baling masok longkang..
baling ke belakang.,(ni sorang je pandai buat) HAHA! XD




memang seronok la time ni,, tapi rasa masa tu sekejap je,, Shera nak kena jemput mak dia balik kerja, so kitorang kenalah balik,, mula-mula hantar Mrs. R balik...
sampai je rumah dia,, aku da nampak ayah dia depan rumah tengah makan roti, huhu, si dia pulak suruh aku jumpa ayah dia dulu,,aku jumpalah,, nerves jugak,, 


aku: erm pakcik,sory lambat sikit antar azreen
ayah dia: erm takpe2..

huhu,,lega ,tu je,pastu aku masok kereta ,then gerak ...

mula-mula nak hantar aku dulu sebab naik bas kan,,tpi bas aku lambat,so pergi lah jemput mak Shera dekat sekolah dulu, hantar Kirin dengan Seha, last baru hantar aku..

sampai Larkin pon dah dekatt 6.30 terus naik bas ,x perlu nak tnggu lama2~
hee



begitulah ceritanya ,antara hari cukup membahagiakan aku,,
rasa masa berjalan sekejap je,, :(,, huhux

takpelah ,naek sem jumpa lagi ye sayang~ 

SALAM.

Friday 4 May 2012

gambaang water park

locker ;),,,jahun skit haha
ime jumpe locker die canggih la, fes time jumpa locher cmni,,, dia pakai jam.. kita boleh bukak banyak2 kali dengan scan jam die tu je, x macam tempat2 lain,,bole kunci sekali je..huhu
tempat budak2

with my dad,,huhu

parit dia ni bez,, selalu aku pergi water park takde ombak,, tapi parit kat sini sentiasa ada ombak,haha,,x perlu la nk tolak2 pakai tangan nak gerak ,gerak sendiri je laju2..huhu



journey of ice!!,,huhu bez gile,,,dalam gelap je,pastu sejuk!! huhu
my mom
my dad
 haaa,,, ni tempat yang untuk mandi ramai-ramai.. coco beach,kolam pantai terbesar kat malaysia setakat ni,,huhu

ni pulak slide,,jugak slide yang terpanjang dekat malaysia,,,kene meniarap pastu turun,,seram sejuk nikk,,nak tercabut jantung, haha


da nak balik da,, huhu,aku takde sebab sebok beli barang kat kedai cenderahati,,,huhu
http://www.bgrc.com.my/WaterPark.html#5 nk tengok lebih lanjut tempat ni,klik link tu!

uhuhuh,,x banyak gambar ,,bnyak lagi tempa nak tunjuk,tgok kat link tu k daaa

Monday 23 April 2012

kerja ahad #

SALAM


semalam masa nak pergi kerja tu rasa malas gila, tak tau lah kenapa , 
tapi bila dah sampai, oke pulak ,HAHA.
time masuk dapur ,tengok ada oyiee dengan shira.. huh! lega rasa,,budak-budak ni kerja part time kat situ
diorang ada oke lah sikit, ramai sikit pekerja.. 
pulak kedai sebelah tutup lagi, renovate tak siap..grrrr!!



petang tu rasa semangat pulak nak kerja,, 
order pun siap boleh gurau-gurau dengan customer,, hehe. tapi..ada customer ni masuk 1 family duduk meja paling panjang kat situ,, aku orderlah..
air semua nak special-special..
pastu makan aku standby la 2 kertas nak tulis takut banyak kan, dah koyak kertas tu ,,
"ermm dik ,bagi keropok 3 set"
"lagi?"
"erm tu je"


grrr, itu je ordernya ,datang punya lah ramai.. membazir kertas aku je...



dalam pukul 6 gitu, langit dah mula gelap,, macam malam dah..
dengan ributnya..haih,, takut jugak aku menyambar ke apa kan,, dah la tempat aku tu terbukak..
tepi pantai..






gelap kan,, huish!

pastu hujan sampai pukul 8 gitu lebat then renyai2..ingat dah tak ramai orang,
sampai ke malam , pening kepala.. boleh dia serang dalam pukul 10 tu ramai-ramai...
haih. memang serabut sikit la masa tu..tapi dapat cover sebab pekerja ramai,, hehe :D


bila aku dah penat gila ,aku lepak lah tempat air.. suruh si Ijiee ni buatkan air,, masa tu teringin pulak nak rasa cikong kan,, dia buatkan la,, hehe.. orang ramai pon aku duduk je kat tempat buat air tu lama-lama,, haha.. pastu cakap dengan si Ijiee ni,

"weyh, aku nak bergayut dengan awek aku ni"

"duduk jela sini call, sambil-sambil tolong aku hantar air ni sikit"

aku hantar la ,,dah abis tu ku pergi tandas,bagitau Ijiee je,
"weyh,, kalau bos tanya aku cakap je aku  pergi tandas eh"
"oke :)",, hehe, nasib Ijiee ni boleh deal..


bergayut la dengan Mrs. R ni sekejap,,tapi tak sempat nak dodoikan, aku dah dengar bos jerit-jerit nama aku,, huhux,, sory sayang~


pastu dengar suara Ijiee "NAIM PERGI TANDAS!"
haha, terima kasih Ijiee, dapat lepaskan rindu kejap . :D


pastu kemas-kemas la, susun meja untuk esok ada orang nak makan ramai-ramai kat situ..
n then harini masuk pukul 12, :(


takpelah ,,mesti dapat gaji lebih kan, hehe


oke tu je nak citer ,bersambung lagi
,gudbye!
:D










Sunday 22 April 2012

pantai kelebang 28/3/2012


miss this moment <3

luve you!!!

#15 hari bekerja

SALAM


hari ke 15 bekerja~


Sabtu, biasa lah kalau customer ramai tu, kedai sebelah boleh pulak mengada-ngada nak tutup,,
petang tu dalam  hati aku "abis la malam ni"...



petang tu nasib baik tak ramai sangat, tapi masuk ke magrib dah start ramai, sampai aku nak solat pun kena tunggu dulu..  malam tu disebabkan terlalu ramai , pekerja bahagian depan ada 5 orang,,
so, aku dengan murah hatinya la pergi tolong Nizam sebab dia sorang-sorang je settlekan bakar-bakar ni semua..


ramai kan..
  
dah kurang sikit..
untungnya tolong dia ni aku boleh curi-curi makan keropok,kentang, HAHA..
tolong dia pon relex je ,juz hantar makanan ,tak perlu lah nak pergi order segala..
dalam 2 jam aku tolong dia,, sampai pekerja depan ni,,Sofea, ..
marah ..
"dah2 la tu tolong dia, tolong depan ni pulak!!!"..

yang si Nizam ni pulak

"xyah2,,kau tolong aku je, banyak kot bill aku sorang-sorang nak settle!"

aku dah pening, last-last aku pegi tolong depan sebab nampak pinggan mangkuk atas meja banyak tak berangkat,, sampai customer nak duduk pon takde tempat..terpaksa lah bukak 1 meja panjang kedai sebelah.. huhu.. awesome betol dia punye sesak!

tempat bakar
malam-malam tu dah takde customer sangat.lepak la dengan si Nizam ni,,tengah borak-borak ada sekor binatang ni higgap kat dahi dia, menggelepar, terjerit-jerit macam pompuan,, HAHA..
"aaaaaaa ,aaaaaa, ape bende ni!!!",buang dok,,aku takot!!"

XD ,aku masa tu dah terduduk dah gelak,, kelakarama betol la...
binatang tu
tapi ditengok-tengok balik besar jugak binatang tu,, terbang sana sini, takot gak aku..

jam menunjukkan pukuk 12.00 malam ,masa ni ada lagi ustomer masuk,, perhhh sakit hati betul.. dalam pukul 12.30 baru aku start2 sapu,,pukul 1 ayah aku dah call nak amek,aku cakap  pukul 1.30 baru habis..
so pukul 1.30 lah baru habis balik..

hari yang sangat meletihkan,,nasiblah dia up gaji,,huhu.. berbaloi jugak laa :D

oke ,,itu je story untuk hari ni,

bye!




Saturday 21 April 2012

kerja lagi #

SALAM

aww aww~
:D hehe

Semalam masuk kerja pukul 2.30 ,sebab solat jumaat kan,, sampai-sampai je bos ada kat depan kedai tengah betul-betulkan wire apa ntah putus,, pastu dia suruh aku siram pokok bunga dia yang ada kat depan kedai tu..
and sapu-sapu sampah sikit,, aku ikotkan aje la,,,


dalam hati "apa la bos aku ni,tengah2 hari suruh siram pokok,, orang siram pagi-pagi tadi"..


petang tu tak la ramai sangat orang,, sebab rasanya orang semua pergi pasar jumaat dekat-dekat dengan kedai aku tu jugak la..
ada customer datang juz order air je,, bawak plastik banyak-banyak,"humm beli kat pasar jumaat la tu"
tapi bagoz jugak, senang kerja aku,hehe..
marisa  , ijiee

ijiee,   lia

masing-masing ngantok je tunggu customer semalam, haha


dalam pukul 5.30 petang gitu langit dah gelap...nak hujan..memang lebat hujan petang tu , sampai tempias , orang nak makan,terpaksa customer tu pindah meja dalam sikit,..


malam pulak , dalam pukul 8 9 gitu orang tak la ramai sangat, tapi mula pukul 10 orang dah ramai, tiba pulak bukak citer SUPER SPONTAN tu kan,, haaa, memang tak balik la customer2 semua ni,,tergelak-gelak ,dengan aku skali,, tengah2 angkat pinggan ni,, sempat lagi curi-curi tengok ,haha, takleh nak fokus angkat,sampai ada sekali tu aku nak terhantar pinggan dekat tempat buat air,, XD,, naseb la orang tak perasan..


dah penat-penat ni,,aku lepak la tempat buat air ni,, memang takleh duduk diam jugak duduk situ, nampak tembikai nak makan, nampak laici nak makan,, haha,. dah tak tahu nak makan apa aku suruh si Ijiee ni buat air XYZ..... selau dengar ABC kan,, haaa, tempat aku ni ada special sikit,, terbalikkan jadi XYZ, haha.. 
selalu aku order ramai customer tanya apa air ni,, aku explain la....memang dari fes kerja aku nak try rasa air ni,, baru semalam dapat....


XYZ...yumm!

rasa semalam macam cepat je masa berjalan,tengok -tengok dah dekat pukul 12.. 

sakit hati jugak bila dah time-time camni ada customer masuk,, dah la aku tak makan lagi,, suruh la tukang masak ni masakkan mee goreng basah! huhu,, die masak memang sedap .sebab tu aku order...


dah abis makan cepat-cepat kemas ,sapu-sapu,, sebab dah terlebih pukul 12 kan, takot lambat pulak balik,, last2, berjaya jugak siapkan before pukul 1,, then balik laa.. 





oke,, that's for today... XD.

btw, for Mrs R. .  saya asyik teringat-ingat awak nak buat surprise tu ,, haha..

buat rindu je kat awak <3

:*...mmmuahh!




Friday 20 April 2012

kerja kerja kerja

SALAM



tepi jalan
kat sebelah sana tu kedai lain
"brother joe"

ni la tempat kerja aku, tak lah besar sangat... tapi kalau jalan ulang alik hantar makanan, order tu,, berasa jugak la penatnyer,, huhu..

dekat depan kedai ni ada gelanggang futsal,(x nampak kat gambar) so malam-malam memang meriah la kat sini, sampai pagi pun still ada yang main lagi..



ada satu hari tu, budak-budak ni main sepak sampai terkeluar gelanggang hentam meja kedai sebelah , time tu aku tengah kemas-kemas meja ujung kedai aku tu, memang betul2 jatuh dekat meja sebelah aku,, haih,, tu kalai kena memang biol kepala,,


tempat yang aku amek gambar ni lah tempat lepak aku kalau dah penat giler,, sebab tempat ni memang strategik ,bos tak nampak, haha.. tepi jalan kan,,sambil-sambil tu khayal tengok kereta motor lalu-lalang...nampak awek sikit ,,mule la swit2,, haha..aku tak pon(hehe, jangan marah MRs. R), si Nizam ni je dengan member kedai sebelah, aku tengok-tengok, gelak-gelak je,,


tapi lepak  sini tension jugak, kalau si Nizam ni tengah sibuk,, aku lah yang kena tolong dia hantar makanan, tempat ni buat ikan bakar, kentang, keropok,n kelapa, ....Kadang-kadang dia malas nak hantar dia suruh aku,, haih,, geram pulak,, aku hantar jela..kadang-kadang kesian tengok dia kerja sorang-sorang..



yang bestnya,, kalau ada orang order kentang ke,keropok ke, mesti aku cakap "Zam, goreng lebih sikit, boleh kita bantai same2" .. haha, jahat kan aku.. ermm,takde la banyak mana,, sikit-sikit je lebihnya.. kalau air kelapa pulak, dia suruh aku potong, aku memang dah serik,, tapi potong jugak la kalau dah takda orang nak potong, .. n aku suka kalau customer tu nak letak ais , sebab mesti kena kurangkan air kelapa tu sikit kan, nanti letak ais melimpah pulak kan,,, so aku boleh la minum air kelapa ni sikit..

kalau aku order mesti promote suruh letak ais,,
"erm ,kelapa ni nak ais tak? kalau letak ais sedap sikit cik, sejuk-sejuk kan.haaa,, baru puas minum cik." 



"ermm, oke-oke"
customer pon ikut je...haha,, dalam sehari tu memang bergelen-gelen la air kelapa tu dalam perut aku ni.. XD


tempat ni jugak kalau aku nak bermesej dengan Mrs. R,,huhu..
kalau lepak-lepak takde orang  dengan si Nizam ni, dia sibuk nak tunjuk video2 time dia jadi budak rempit dulu,, pastu nak buat muka bangga ,,,aku bukannya minat sangat rempit2 ni...tapi dia dah kasi tengok ,buat-buat jela macam berminat kan,, "fuyooo, power arh,kat mane ni?,bape tiang dia willy ni?" haha,,semua  hipokrit...





Semalam , aku duduk-duduk la mesej dengan Mrs.R ni kat tempat ikan bakar ni sorang2..
yang pekerja-pekerja lain semua duduk bawah ada la kat 1 meja ni,, ada pakcik tukang masak ni tegur
"Naim, orang lain ada awek jugak , baca mesej tersenyum2 sorang2"
"ehh tak la, ni saya mesej mak saya la" ,haha ,,diorang gelak-gelak..

"cehh cehhh cehh"


aku saja la tunjuk ,taip "mak sehat" ,tunjuk dekat abang hery ni...
gelak lagi..haha,, pastu terus kena ejek je,, esoknya jumpa aku mesti tanya,
"Naim, mak sehat?" HAHA!



pastu si anak bos ni datang kat aku,,Marisa..
"eh Naim, ko panggil awek ko mak ea? " 

"eh mane ade!"
erkkk..mesti diorang dah heboh.. naik malu aku,, >.<




tapi seronok la kerja sini, memang semua kepala boleh layan la, gelak-gelak..huhu..


ermm, ni jela nak story dulu,, continue next day k.. BYE :D