SAYANG,
Hari-hari ku berdoa,
lepas solat,
supaya hubungan kita kekal,
Hari-hari ku berdoa,
lepas solat,
supaya hati kau sentiasa terbuka untukku,
Hari-hari ku berdoa,
lepas solat,
suatu hari nanti kita dapat hidup sama-sama.
SAYANG,
tiap-tiap lepas solat ku berdoa pasal kita,
doakan kita sentiasa bahagia,
doa yang aku tidak akan tinggalkan,
dalam setiap doaku,
sebab aku takut,
aku takut bila aku tinggalkan sekali,
perasaan sayang kau akan kurang padaku,,
SAYANG,
terima kasih kerana memilihku,
terima kasih atas kasih sayangmu,
sebuah kasih sayang yang selalu memberi,
bagai air mengalir,
yang tak pernak berhenti.
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang,
Kau kekalkanlah hubungan aku dengan Nurfitri Azreen,
Kau berikanlah Kami kebahagiaan pada masa ini
dan pada masa akan datang,
Kau kekalkan lah hubungan kami ini sehingga suatu hari nanti
hubungan kami menjadi halal,
dan kau jauhkan lah kami dari keburukan.
AMIN~
AMIN~